Saturday, 11 May 2013

Kari Ayam Madras Simple


Bahan - bahan
  • Ayam di potong kecil satu kg
  • Gajus ditumbuk  halus satu cawan
  • 2 inci halia, 2 biji bawang besar dikisar sama
  • Daun Kari
  • Kayu manis 1 batang
  • Bunga Lawang
  • Bunga Pelaga
  • Bunga Cngkih
  • Yogurt
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menumis
  • Kari Babas
  • Kentang 4 ketul sedang
  • 5 sudu besar kicap manis

Cara memasak
  • Ayam diperap bersama yogurt, 4 sudu besar kari, halia, bawang putih, kicap manis selama 1 jam
  • Panaskan minyak dan tumis kayu manis, bunga lawang, pelaga, cengkih, halia, bawang besar dan kari.
  • Selepas naik bau masukkan kari babas setengah paket dan garingkan sedikit.
  • Masukkan ayam diperap dan masukkan 2 cawan air
  • Masukkan kentang
  • Campurkan kicap manis dan garam secukup rasa
  • Tambahkan gajus ditumbuk halus tadi
  • Didihkan sehingga ayam masak

Selamat Mencuba

Kredit pada Mak Long dan Azlina Zahir MyResepi 



No comments:

Post a Comment