Sunday 8 March 2015

Sup Ayam





Sup ayam ini simple dan bagus untuk diet. Diadaptasi dari buku resepi  1 hari 1 resepi.

Bahan A
Separuh ayam
4 biji kentang. Dibelah kecil
1 batang lobak merah dipotong nipis
1 pokok daun sup dan daun bawang (Dihiris)
5 cawan air
1 sudu teh lada hitam
1 sudu makan minyak masak
Garam secukup rasa
Sedikit bawang goreng

Bahan B  (Rempah untuk ditumis)
3 biji bawang merah saiz sederhana kecil (Dihiris
3 ulas bawang putih (Dihiris)
1 inci halia (Dihiris)
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih

Cara membuat
a. Buangkan kulit ayam. Potong kecil dan basuh. Tuskan air.
b. Panaskan minyak dan tumis lada hitam, bahan yang dihiris serta rempah tumis.
c. Masukkan ayam dan gaulkan. Masukkan kentang, lobak merah, air dan garam. Biarkan mendidih.
d. Masakkan kentang dan lobak merah hingga lembut.
e. Masukkan dalam mangkuk dantaburkan bawang goreng, daun sup dan daun bawang ataupun sup hoon.

    Voila is ready.




Tuesday 29 July 2014

Biskut Famous Amos

Biskut Famous Amos










Bahan-bahan A

(Credit : Resepi ini diadaptasi daripada cahaya cintaku blogpsot)

Gula Kastor  - 1/2 cawan
Gula Perang  - 1/2 cawan
Telor  - 1 biji
Butter  - 150 gm
Vegetable Oil - 1 cawan
Secubit Garam
1 sudu besar susu cair
1 sudu kecil vanilla


Bahan-bahan B

4 cawan tepung gandum - diayak
2 sudu besar sebuk koko - diayak
2 sudu besar tepung jagung - diayak
1 sudu besar yogurt masam
1 sudu kecil bikarbonat soda
1 cawan almond nibbles
2 cawan semi sweet choc chip

Cara-cara

Bahan A, di campur didalam mixer dan putar mixer supaya bahan digaulkan hingga sebati.

Setelah itu dicampurkan bahan B satu persatu, gunakan spatula untuk mencampurkan bahan B dan A.

Setelah itu. Gunakan sudu untuk buat bebola dan dipenyekkan ikut besar. Masukkan didalam loyang dan dijarakkan.  Bakar dalam oven 160 darjah celsius selama 15 ke 20 minit.

Boleh menghasilkan 100 pieces.



Friday 27 September 2013

Sydney Cheese Lite Oreo Cake




Bahan2:
24 keping biskut Oreo
3 sudu makan butter dicairkan
3 (250 g) Philly Lite Cheese (Lembutkan)
3/4 cawan Gula
1 sudu teh essen vanila
3 biji telor

Cara2:
1. Panaskan oven ke 350 Degree F. Hancurkan 16 biskut Oreo. Campurkan butter sudah dicairkan. Tekan di atas loyang pembakar hingga rata.

2. Pukul Cheese, gula dan vanilla dalam mangkuk gunakan mixer tahap sederhana hingga lembut dan sebati. Tambahkan satu persatu telor dan blemd setiap kali dahulu. Hancurkan 8 biskut Oreo dan masukkan separuh kedalam adunan. Separuh lagi sebagai topping.

3. Masak selama 45 min sehingga tengah2 kek stabil. Sejukkan 3 jam atau semalaman. Keluarkan dari Freezer dan potong 12. Sejukkan lebihan.

**********************
Penyediaan Bahan: 20 mins
Memasak: 45 mins.
Disediakan: 4 jam 5 min
Jumlah:  12 orang

Terimakasih allrecipes




Saturday 18 May 2013

Meer Rebus Johor Haji Wahid







Bahan-bahan

1 kg mee kuning dicelur
300 gram taugeh
2 tangkai daun sup/bawang dihiris
4 biji cili merah besar dihiris
2 keping tauhu goreng dihiris
Sedikit bawang putih goreng
6  biji telur dibelah lapan
3 biji limau dibelah kecil kecil

Bahan Penumis DiKisar

2 sudu besar ketumbar
8 biji bawang besar
6 ulas bawang ptih
18 tangkai cili kering
1 sudu kecil jintan kasar / cumin
1 sudu kecil jintan manis / aniseed

Bahan untuk kuah

300 gram daging dicincang
boleh tambah tetel tapi di Sydney tiada tetel setakat ni
300 gram keledek direbus
250 gram udang basah
5 sudu besar tauchu
1 cawan kacang tanah dan ditumbuk halus
1 batang serai diketuk
2 cm lengkuas diketuk
1/2 cawan minyak masak
Garam, gla dan air secukupnya

Cara memasak

Panaskan minyak
Tumiskan bahan penumis hingga garing
Masukkan daging dan udang
Gaulkan hingga rata
Masukkan kacang tanah, air, garam, gula dan taucu. 
Kacau supaya tak hangit.

Kredit to blog e-resepi: mee rebus Johor

Sunday 12 May 2013

Brownie Cahayareya




Bahan-bahan :

150 gm Butter
1 cawan nestle baking cocoa
4 telur
2 cawan gula
1 sudu teh essen vanilla
3/4 tepung gandum self raising
1 paket choc bits (Atauwhite choc bits)

Cara-cara:

  • Panaskan oven pada 160 Degree. 27 cm x 18 cm x 3 cm tin dengan kertas pembakar (baking paper)
  • Leburkan butter dan campurkan dengan nestle baking coca. Apabila sejuk sedikit pukulakn telur dan gula dan vanilla essen.
  • Ayakkan tepung campurkan adunan tadi bersama. Gaulkan dengan choc bits.
  • Masukkan ke dalam tin dan bakar selama 45-50 mins sehingga masak. Gunakan lidi untuk memeriksa.
  • Biarkan sejuk 20 min sejuk dan alihkan selepas itu sejukkan lagi ke temperature bilik.
  • Potong ikut saiz bar. Gunakan tepung nestle cocoa untuk hiasan diatasnya.
  • Hidangkan.


Saturday 11 May 2013

Onde - onde








Bahan-bahan

  • Tepung beras - 2 cawan
  • Pewarna hijau (Atau air pandan)
  • Kelapa parut
  • Air
  • Garam secukup rasa
  • Gula Melaka 



Cara-cara

  • Gaulkan tepung beras dengan air dan garam
  • Uli hingga tak melekit
  • Masukkan pewarna hijau
  • Kemudian buat bentuk gulu dan masukkan gula melaka yang sudah dipecahkan kecil kecil.
  • Tutup gula dengan tepung.
  • Kemudian rebuskan dengan air hingga terapung.
  • Toskan dan angkat dari air panas.
  • Lalukan dengan kelapa parut
  • Sediakan panas-panas dengan air kopi





French Crepe (Lempeng Perancis)



Bahan-bahan

Tepung gandum - 1 cawan
Susu Cair - 2 cawan
Garam secukup Rasa - 1/4 sudu teh
Telur - 3 biji
1 sudu teh gula
2 sudu makan butter


Cara-cara

Kacaukan susu, telur sehingga kembang. Masukkan tepung dan garam. Kacau lagi.
Masukkan butter. 


Panaskan pan dengan 2 sudu butter atau minyak untuk setiap satu crepes. Angkat bila warna keperangan,  Hidangkan semasa panas dengan pilihan jem marmelade, atau kari.