Seringkali kita melihat makanan Arab tetapi tidak mengetahu bahawa ianya mudah disediakan. Bahan bahan mudah didapati dan terdapat disekeliling kita. Bagi saya di Australia saya mencari halal meat dan bahan makanan rempah ratus di kedai Oriental. Alhamdulillah inilah hasilnya. Selamat mencuba.
Nasi Arab (Nasi Mandi) (Hidangan untuk 2-3 orang)
Bahan-bahan:
Untuk Nasi:
3 cawan beras basmathi
5 cawan air rebusan ayam - ikut kadar beras yang digunakan
1/2 sudu besar lada hitam (biji)
Sedikit serbuk kunyit
2 helai daun pandan
Sedikit daun ketumbar dihiris
Sedikit gajus (Resepi asal tiada bahan ini)
Bahan tumisan:
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
1/2 batang kulit kayu manis
1 inci halia
3 ulas bawang merah dimayang halus (Saya gantikan sebiji bawang besar)
1 ulas bawang putih
Cara membuat:
Beras dicuci dan ditoskan
Panaskan minyak sapi di dalam frying pan. Masukkan bahan tumisan.
Goreng hingga naik baunya dan keperangan. Jangan sampai hangus.
Alihkan kedalam rice cooker (Cara saya)
Masukkan beras dan daun pandan, kacau sekata
Masukkan stok ayam dan lada hitam . Sedikit kunyit (1 sudu teh).
Tanakkan nasi sehingga kering.
Campurkan daun ketumbar.
Gaulkan. Hidangkan.
Ayam Mandi ala Hadramaut
1 kg ayam - Saya ambil drum sticks (peha)
1 inci halia ditumbuk.
garam secukup rasa
air secukupnya untuk merebus 7-8 cawan
Bahan untuk memerap ayam:
1 sudu teh serbuk kunyit/zaffran/safron
1 sudu teh ketumbar
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh serbuk jintan putih
1 sudu teh serbuk jintan manis
2 sudu besar sour cream (yogurt asli) (Saya tambahkan bahan ini).
garam secukupnya
Cara membuatnya:
Rebuskan ayam bersama halia dan garam secukup rasa
Setelah masak angkat toskan ayam. Simpankan air rebusan untuk nasi.
Lumurkan ayam dengan bahan untuk perapan. Perap seketika.
Selepas itu ayam dibakar sejam disalutkan dengan aluminium foil di dalam oven
pembakar. (Perhatian Bahaya: Jangan masukkan ayam dalam microwave biasa untuk dipanaskan bersama aluminium foil !!!, di resepi ini saya membakar ayam menggunakan oven pembakar/cooking oven)
Ayam dibakar selama sejam pada suhu 200 C (Perhatikan ayam jangan sampai hangus)
Tomato Salsa (Salata Hara)
Bahan bahan:
Buah tomato
Daun ketumbar
Cili padi
Garam secukup rasa
Jus lemon
Sedikit bawang besar dipotong halus
Sedikit air
(Kisar semua bahan untuk salata)
Source: Diadaptasi dari blog masakan nasi mandi NoorMasri
Ayam tu rebus bpe lama ??
ReplyDeleteAgak2 dah masak setengah jam
ReplyDelete