Saturday, 20 April 2013

Nasi Mandi Arab dan Ayam Bakar ala Hadramaut (Inspirasi masakan Arab)



Seringkali kita melihat makanan Arab tetapi tidak mengetahu bahawa ianya mudah disediakan. Bahan bahan mudah didapati dan terdapat disekeliling kita. Bagi saya di Australia saya mencari halal meat dan bahan makanan rempah ratus di kedai Oriental. Alhamdulillah inilah hasilnya. Selamat mencuba.










Nasi Arab (Nasi Mandi) (Hidangan untuk 2-3 orang)

Bahan-bahan:

Untuk Nasi:
3 cawan beras basmathi
5 cawan air rebusan ayam - ikut kadar beras yang digunakan
1/2 sudu besar lada hitam (biji)
Sedikit serbuk kunyit
2 helai daun pandan
Sedikit daun ketumbar dihiris
Sedikit gajus (Resepi asal tiada bahan ini)


Bahan tumisan:
3 sudu besar minyak sapi
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
1/2 batang kulit kayu manis
1 inci halia
3 ulas bawang merah dimayang halus (Saya gantikan sebiji bawang besar)
1 ulas bawang putih

Cara membuat:
Beras dicuci dan ditoskan
Panaskan minyak sapi di dalam frying pan. Masukkan bahan tumisan.
Goreng hingga naik baunya dan keperangan. Jangan sampai hangus.
Alihkan kedalam rice cooker (Cara saya)
Masukkan beras dan daun pandan, kacau sekata
Masukkan stok ayam dan lada hitam . Sedikit kunyit (1 sudu teh).
Tanakkan nasi sehingga kering. 
Campurkan daun ketumbar.
Gaulkan. Hidangkan.


Ayam Mandi ala Hadramaut
1 kg ayam - Saya ambil drum sticks (peha)
1 inci halia ditumbuk.
garam secukup rasa
air secukupnya untuk merebus 7-8 cawan

Bahan  untuk memerap ayam:

1 sudu teh serbuk kunyit/zaffran/safron
1 sudu teh ketumbar
1 sudu teh  serbuk lada hitam
1 sudu teh serbuk jintan putih
1 sudu teh serbuk jintan manis
2 sudu besar sour cream (yogurt asli) (Saya tambahkan bahan ini).
garam secukupnya


Cara membuatnya:
Rebuskan ayam bersama halia dan garam secukup rasa
Setelah masak angkat toskan ayam. Simpankan air rebusan untuk nasi.
Lumurkan ayam dengan bahan untuk perapan. Perap seketika.
Selepas itu ayam dibakar sejam disalutkan dengan aluminium foil di dalam oven 
pembakar. (Perhatian Bahaya: Jangan masukkan ayam dalam microwave biasa untuk dipanaskan bersama aluminium foil !!!, di resepi ini saya membakar ayam menggunakan oven pembakar/cooking oven)

Ayam dibakar selama sejam pada suhu 200 C (Perhatikan ayam jangan sampai hangus)


Tomato Salsa (Salata Hara)

Bahan bahan:

Buah tomato
Daun ketumbar
Cili padi 
Garam secukup rasa
Jus lemon
Sedikit bawang besar dipotong halus
Sedikit air

(Kisar semua bahan untuk salata)


Source: Diadaptasi  dari blog masakan nasi mandi NoorMasri

Monday, 15 April 2013

Pudding Karamel Chef Sham

Untuk mereka pengemar manisan anda boleh mencuba resepi ini. Ini merupakan resepi favorite saya selama ini. Trademark saya :) .




Bahan-bahan:
6 biji telur
Susu Pekat 1 Tin
Essence Vanila -  1 sudu teh
Air
Gula Hangus untuk dijadikan karamel

Cara-Cara:
Pukulkan telur sehingga kembang. Masukkan sus pekat. Pukul lagi bancuhan. Masukan essence vanila dan air saiz sama untuk satu tin. Sediakan gula karamel, iaitu gula halus dibakar sehingga menjadi warna cokelat. Larutkan dalam air dan dijadikan base di dalam loyang. Masukkan bancuhan telor susu dan air kedalam loyang dan kukus dalam 30-45 min. Selepas masak keluarkan dan sejukkan sebelum masuk ke dalam peti ais.

Selamat Mencuba.

Chef Sham

Sunday, 14 April 2013

Laksa Nyonya Melaka





Makan Untuk 2-3 orang

A. Bahan Utama
Mee hoon  -  300-500 gram - ikut berapa banyak
Cili - 10 helai ikut mahu rasa kepedasan
Halia - 1 inci
Lengkuas - inci
Serai - 2 batang dititik
1 biji Bawang besar
Udang - 300 gram - direbus dan dikupas
Garam dan gula secukup rasa
Santan Kelapa - 1 mangkuk ikut kepekatan
Buah keras - 5 biji
Asam Jawa - Ikut kepekatan
Belacan
Bunga kesum

B. Bahan untuk sambal
Cili kering segengam - ikut kepedasan
Bawang Besar - 1 biji
Bawang putih - 3 -5 biji
Asam Jawa - sedikit

c. Hiasan
Fish ball
Taugeh
Tauhu Garing
Limau kasturi
Daun Bawang
Bawang Goreng
Cili hidup
Telur rebus

Cara-cara..
Masakkan udang sehingga masak kemudian kupas kulitnya dan diasingkan. Ambil air udang untuk kuah.

Kisar bahan-bahan utama bawang besar, halia, lengkuas, buah keras dan cili kering serta sedikit belacan dan goreng hingga wangi.

Masukkan santan kelapa, asam jawa, serai dititk, air udang, bunga kesum hingga mendidih. Masukkan udang panaskan kuah seketika. Tambah garam dan gula secukup rasa..

Untuk sambal kisarkan cili bawang besar dan bawang putih.. tumis hingga pecah minyak dan masukkan sedikit air asam jawa..

Celurkan meehoon dalam air panas dalam 5 minit kemudian tos dan lalukan dengan air paip yang sejuk.

Sediakan mehoon didalam mangkuk, masukkan kuah laksa yang sudah masak. Hiaskan dengan fishball, tauhu garing, daun bawang, bawang goreng, cili hidup etc.

Perahkan air asam keatas sambal tumis tadi.

P/S: Udang boleh ditukar kepada ayam..

Selamat Mencuba.. Chef Sham..

Lemon Zesty Eastlakes Cup Cakes







A. Bahan bahan:
1/2 Cawan Gula Halus (Castor)
1/2 Cawan Butter
1 Lemon untuk perahan jus +  1 biji kulit lemon diracik jika perlu
1 1/4 Tepung Gandum Biasa
1 sudu teh baking powder
Susu lembu 1/3 cawan
2 Telur dipukul
Secubit Garam

B. Ising:
1 cawan butter (Tak bergaram)
3 cawan gula Ising
2 biji perahan Lemon untuk jus
 2 biji Kulit Lemon diracik untuk hiasan


Cara Memasak:
Panaskan oven hingga 190 Degree masukkan dua belas kertas cupcakes besar di dalam acuan.

Pukulkan butter dan gula sehingga ringan untuk bahan A. Tambahkan perahan jus lemon A, telur dan susu satu persatu. Masukkan tepung yang sudah diayak bersama serbuk penaik. Tambahkan garam secukup rasa.

Gunakan sudu masukkan bahan-bahan A ke dalam kertas cup cakes tadi di dalam acuan. Masakkan selama 20 minit. Keluarkan dan biarkan sejuk.

Untuk ising, pukulkan butter sehingga lembut. Tambahkan sedikit demi sedikit gula ising dan pukul lagi sehingga lembut. Masukkan perahan jus lemon dan sedikit pewarna kuning jika perlu. Masukkan bancuhan gula ising ke dalam paip dan  buatkan corak putaran diatas cup cakes. Hiaskan dengan serbuk limau yang sudah diracik secukupnya.

Selamat mencuba..

Chef Sham


Resepi Asam Pedas Melaka Ikan Pari

Resepi Asam Pedas Melaka Ikan Pari (Masakan Tradisi Negeri Hang Tuah)
 (Untuk 2-3 orang)



  Bahan-bahan
a. Segengam cili kering dan direndam dalam air panas - Lebih banyak lebih pedas
b. Asam Jawa secukupnya
c. Bawan Putih - 5 ulas
d. Bawang Merah Besar - 1 biji
e. Belacan - secukupnya (Sebesar ibu jari)
f. Serai 3 batang dititk
g. Bender 5-8 btg
h. Air
i. Garam secukup rasa
j. Minyak Masak
k. Ikan Pari - 300-500 gram
l. Daum kesum
m. Halia 1 inci

  Cara-cara:
1. Kisar a + c + d + e + m dan ditumis didalam minyak panas sehingga pecah minyak.
2. Setelah naik baunya masukkan serai yang dititik dan daum kesum.
3. Tambah perahan asam jawa dan air tadi ikut kepekatan.
4. Biarkan mendidih.
5. Masukkan ikan
6. Masukkan garam secukup rasa
7. Masukkan Bender
8. Bila ikan dan bender lembut dan masak boleh diangkat dan disejukkan.

P/S: Jangan masak terlalu lama kerana ikan boleh pecah dan sayur terlalu lembik.

 Selamat Mencuba

 Chef Sham..

Tracker