Friday, 27 September 2013
Sydney Cheese Lite Oreo Cake
Bahan2:
24 keping biskut Oreo
3 sudu makan butter dicairkan
3 (250 g) Philly Lite Cheese (Lembutkan)
3/4 cawan Gula
1 sudu teh essen vanila
3 biji telor
Cara2:
1. Panaskan oven ke 350 Degree F. Hancurkan 16 biskut Oreo. Campurkan butter sudah dicairkan. Tekan di atas loyang pembakar hingga rata.
2. Pukul Cheese, gula dan vanilla dalam mangkuk gunakan mixer tahap sederhana hingga lembut dan sebati. Tambahkan satu persatu telor dan blemd setiap kali dahulu. Hancurkan 8 biskut Oreo dan masukkan separuh kedalam adunan. Separuh lagi sebagai topping.
3. Masak selama 45 min sehingga tengah2 kek stabil. Sejukkan 3 jam atau semalaman. Keluarkan dari Freezer dan potong 12. Sejukkan lebihan.
**********************
Penyediaan Bahan: 20 mins
Memasak: 45 mins.
Disediakan: 4 jam 5 min
Jumlah: 12 orang
Terimakasih allrecipes
Saturday, 18 May 2013
Meer Rebus Johor Haji Wahid
Bahan-bahan
1 kg mee kuning dicelur
300 gram taugeh
2 tangkai daun sup/bawang dihiris
4 biji cili merah besar dihiris
2 keping tauhu goreng dihiris
Sedikit bawang putih goreng
6 biji telur dibelah lapan
3 biji limau dibelah kecil kecil
Bahan Penumis DiKisar
2 sudu besar ketumbar
8 biji bawang besar
6 ulas bawang ptih
18 tangkai cili kering
1 sudu kecil jintan kasar / cumin
1 sudu kecil jintan manis / aniseed
Bahan untuk kuah
300 gram daging dicincang
boleh tambah tetel tapi di Sydney tiada tetel setakat ni
300 gram keledek direbus
250 gram udang basah
5 sudu besar tauchu
1 cawan kacang tanah dan ditumbuk halus
1 batang serai diketuk
2 cm lengkuas diketuk
1/2 cawan minyak masak
Garam, gla dan air secukupnya
Cara memasak
Panaskan minyak
Tumiskan bahan penumis hingga garing
Masukkan daging dan udang
Gaulkan hingga rata
Masukkan kacang tanah, air, garam, gula dan taucu.
Kacau supaya tak hangit.
Sunday, 12 May 2013
Brownie Cahayareya
Bahan-bahan :
150 gm Butter
1 cawan nestle baking cocoa
4 telur
2 cawan gula
1 sudu teh essen vanilla
3/4 tepung gandum self raising
1 paket choc bits (Atauwhite choc bits)
Cara-cara:
- Panaskan oven pada 160 Degree. 27 cm x 18 cm x 3 cm tin dengan kertas pembakar (baking paper)
- Leburkan butter dan campurkan dengan nestle baking coca. Apabila sejuk sedikit pukulakn telur dan gula dan vanilla essen.
- Ayakkan tepung campurkan adunan tadi bersama. Gaulkan dengan choc bits.
- Masukkan ke dalam tin dan bakar selama 45-50 mins sehingga masak. Gunakan lidi untuk memeriksa.
- Biarkan sejuk 20 min sejuk dan alihkan selepas itu sejukkan lagi ke temperature bilik.
- Potong ikut saiz bar. Gunakan tepung nestle cocoa untuk hiasan diatasnya.
- Hidangkan.
Saturday, 11 May 2013
Onde - onde
Bahan-bahan
- Tepung beras - 2 cawan
- Pewarna hijau (Atau air pandan)
- Kelapa parut
- Air
- Garam secukup rasa
- Gula Melaka
Cara-cara
- Gaulkan tepung beras dengan air dan garam
- Uli hingga tak melekit
- Masukkan pewarna hijau
- Kemudian buat bentuk gulu dan masukkan gula melaka yang sudah dipecahkan kecil kecil.
- Tutup gula dengan tepung.
- Kemudian rebuskan dengan air hingga terapung.
- Toskan dan angkat dari air panas.
- Lalukan dengan kelapa parut
- Sediakan panas-panas dengan air kopi
French Crepe (Lempeng Perancis)
Bahan-bahan
Tepung gandum - 1 cawan
Susu Cair - 2 cawan
Garam secukup Rasa - 1/4 sudu teh
Telur - 3 biji
1 sudu teh gula
2 sudu makan butter
Cara-cara
Kacaukan susu, telur sehingga kembang. Masukkan tepung dan garam. Kacau lagi.
Masukkan butter.
Panaskan pan dengan 2 sudu butter atau minyak untuk setiap satu crepes. Angkat bila warna keperangan, Hidangkan semasa panas dengan pilihan jem marmelade, atau kari.
Karipap Solo Chef Sham
Bahan-bahan Untuk Pasteri
- 400 grm tepung gandum
- 1/2 cawan minyak
- 2 sudu besar marjerin
- 1/2 cawan air sejuk
Bahan-bahan Untuk Inti
- 5 Biji sederhana Kentang
- Ayam separuh mangkuk kecil
- 2 sudu besar udang kering dan segengam ikan bilis (Tak masuk sebab susah dapat di Australia)
- 3 sudu besar serbuk kari
- 2 sudu besar cili boh
- Garam secukup rasa
- Sebiji bawang besar dan daun kari dikisar
Campurkan garam dalam air sejuk, masukkan marjerin dalam tepung gandum, gaul hingga berketul macam serbuk roti. Panaskan minyak dan curah dalam tepung gunakan sudu dan gaulkan adunan. Kemudian masukkan air sejuk sedikit demi sedikit untuk diuli. Agak licin perap dalam bekas ke dalam peti ais selama 1-2 jam.
Buat inti karipap dengan kentang di potong kecil dadi direndam dalam air. Blend udang jering dan ikan bilis hingga hancur. Panaskan minyak, tumis bahan-bahan kisar, cili, serbuk kari hingga garing. Masukkan bahan sudah dikisar dan kacau hingga sebati. Masukkan ubi kentang dan 1 cawan air. Kacau hingga lembut. Masukkan garam, tutpkan api apabila inti hendak kering.
Keluarkan doh dan bahagikan doh untuk diterap. Boleh gunakan acuan atau buat manual aja guna tangan. Trial and error. Bila minyak dah betul-betul panas api sederhana baru goreng hingga warna pasteri menjadi keperangan. Angkatkan dan hidangkan. Selamat mencuba.
Kredit untuk Karipap Ros Sedap oleh Chef Mas and my Mum. for the tips.
Donut Mudah
Bahan bahan
- 2 1/2 cawan tepung
- 3/4 cawan susu segar
- 1 camca teh garam
- 2 sudu besar gula kaster
- 1 paket yis 14 gm
- 3 sudu besar marjerin/2 biji telur
- 1-2 sudu makan shortening
Cara-cara
- Campurkan semua bahan dan gaulkan sehingga tak melekit
- Jika basah tambah tepung jika kering tambah susu segar
- Tutup dengan kain basah di atas mangkuk doh selama 40-45 minit sehingga doh naik
- Tepukkan doh dan gunakan penerap donut
- Biarkan donut kembang dalam 20-25 minit
- Goreng dalam api sederhana panas sehingga kekuningan
- Donut yang dah masak boleh digaul dengan gula kaster
Kredit to Chef Azli Razali
Kari Ayam Madras Simple
Bahan - bahan
- Ayam di potong kecil satu kg
- Gajus ditumbuk halus satu cawan
- 2 inci halia, 2 biji bawang besar dikisar sama
- Daun Kari
- Kayu manis 1 batang
- Bunga Lawang
- Bunga Pelaga
- Bunga Cngkih
- Yogurt
- Garam secukup rasa
- Minyak untuk menumis
- Kari Babas
- Kentang 4 ketul sedang
- 5 sudu besar kicap manis
Cara memasak
- Ayam diperap bersama yogurt, 4 sudu besar kari, halia, bawang putih, kicap manis selama 1 jam
- Panaskan minyak dan tumis kayu manis, bunga lawang, pelaga, cengkih, halia, bawang besar dan kari.
- Selepas naik bau masukkan kari babas setengah paket dan garingkan sedikit.
- Masukkan ayam diperap dan masukkan 2 cawan air
- Masukkan kentang
- Campurkan kicap manis dan garam secukup rasa
- Tambahkan gajus ditumbuk halus tadi
- Didihkan sehingga ayam masak
Selamat Mencuba
Kredit pada Mak Long dan Azlina Zahir MyResepi
Resepi Koey Teow Basah ala Arrieya
Bahan bahan:
- 1 bungkus kuey Teow (1 kg)
- 1 mangkuk daging di potong kecil)
- Udang dan sotong secukupnya
- 1 labu bawang merah dan 3 ulas bawang putih (Dikisar)
- 2 sudu besar cili boh
- 2 sudu besar kicap
- 1 sudu besar sos tiram
- 2 sudu sos tomato
- 2 sudu sos cili
- 1 biji cili merah dihiris
- Garam secukup rasa
- 2 sudu besar minyak
- 2 sudu besar minyak bijan
- Taugeh
- Tahu goreng 2 keping
Cara memasaknya:
- Panaskan minyak.
- Tumiskan bawang besar, bawang putih dan cili boh sehingga naik baunya.
- Masukkan ayam, sotong udang masak hingga empuk.
- Masukkan semua sos tiram, kicap, sos tomato, sos cili
- Masukkan koey teow. Gaulkan hingga sebati
- Masukkan air secukupnya jika hendak lebih basah
- Tambahkan garam secukup rasa
- Tambahkan taugeh dan tauhu goreng
- Tambah minyak bijan
- Hiaskan dengan cili merah
- Hidangkan panas panas
Afghan Biscuit Australian Inspiration
Bahan bahan
200 g Butter
1/2 Cup Gula
11/4 Cawan tepung biasa
1/4 cawan cocoa
2 cawan cornflakes dihancurkan
200 gm susu chocolate dilembutkan
Walnuts untuk hiasan
Cara-cara
- Butter dan gula dipukul hingga kembang
- Tambah cocoa, tepung dan cornflakes
- Buatkan bentuk guli dalam 18 biji. Tekan di bahagian tengah sedikit
- Bakar pada suhu 180 Darjah celsius selama 15 minit
- Bila sejuk lembutkan coklat dan letakkan satu sudu makan diatas setiap biskut
- Letakkan walnut diatasnya
- Hidangkan
Friday, 10 May 2013
Banana Cake
Bahan - bahan
250 gram butter lembut
1 cawan gula caster
3 biji telur
3 ketul pisang terlebih masak - dilenyek hancur
2 cawan tepung self raising
1 camca teh essen vanilla
Boleh tambah walnut hancur
Cara-cara
Pukul butter dan gua hingga kembang
Masukkan telor satu persatu dan dipukul setiapnya. Masukkan essence vanilla. Masukkan pisang dan tepung yang sudah diayak
Masukkan kedalam dulang pembakar saiz 20 cm yang sudah bergris dibawahnya. Bakar pada suhu 180 Degree Celsius selama 45 minit
Keluarkan dan sejukkan
Boleh tahan sebulan jika dalam peti ais.
Paella Spanish versi Chef Sham Style
Bahan bahan:
- Udang Harimau - 6 ketul
- Kupang - 6 ketul
- Sotong dipotong gelung
- Cilip adi - 3-4 biji untuk pedas
- i labu bawang merah
- 3 ulas bawan putih diracik halus
- Beras - 2 cawan
- 1/2 - sudu makan saffron
- Sos Tomato - 3 sudu besar
- Minyak masak - saya guna minyak zaitun
- Paprika
- Lada sulah
- Garam secukup rasa
- Lada hitam
- Chicken Stock - 5 cawan
- 1 biji capsicum dibakar dan kemudian dihiris
- 1 biji lemon
Cara Memasak:
- Perapkan kupang, udang bersama paprika dan pati ayam selama setengah jam
- Bakarkan bahan2 dan grill hingga kering, letakkan bersama sedikit minyak zaitun
- Rendamkan beras selama setengah jam
- Tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi
- Masukkan capsicum , cili padi atau sayuran lain (mushroom, carrot etc. jika ada)
- Masukkan sotong
- Masukkan sos tomato
- Masukkan garam, lada sulah, lada hitam, serbuk pati ayam dan paprika secukup rasa (boleh tambah daun sop atau daun bawang jika ada)
- Masukkan beras dan gaul rata. Masukkan 5 cawan air stok ayam.
- Masukkan saffron kacau rata dan tutup kuali
- Bila nak kering susun kupang, udang etc
- Susun hiasan lemon
- Hidangkan bersama kuali.
Selamat mencuba
(Kredit to Mamawifaq myresepi.com)
Sweet sour sauce with Mullet Fish.. (Ikan Belanak Tiga Rasa)
Bahan Bahan:
Ikan Belanak or Mullet Fish yang sudah siap siap disiang (1 Kg)
Sebiji Telur
Satu sudu makan tepung jagung
1/2 sudu makan lada sulah
Nenas manis dalam tin - 200 gm
Serai dititik
Bawang besar - 1 biji
Bawang putih - 3 ulas
Cili yang sudah dikisar - ikut kepedasan (3 sudu besar)
Gula Secukup Rasa
Tomato Sauce - 3 sudu besar
1 biji tomato di potong dadu
Gula dan Garam secukup rasa
Serbuk Kunyit
Sedikit minyak - 3 sudu makan
Sedikit air.
Serai ditiik..
Cara Memasak:
Pecahkan telor kocak dan masukkan tepung jagung, lada sulah dan garam secukup rasa dan kunyit.
Lumurkan pada ikan yang sudah dibersihkan. Dan perap seketika.
Kemudian gorengkan ikan hingga garing. Asingkan.
Untuk sauce tiga rasa. Tumiskan bawan putih bawang merah hingga wangi. Gorengkan cili yang sudah dikisar. Masukkan serai. Campurkan tomato sauce, sedikit air. Masukan nenas manis dan airnya sedikit. Tambahkan tomato dipotong dadu. Tambahkan garam dan gula secukup rasa. Setelah sos menggelegak. Tuangkan atas ikan. Hias dan hidangkan bersama nasi putih.
Selamat Mencuba.
Saturday, 20 April 2013
Nasi Mandi Arab dan Ayam Bakar ala Hadramaut (Inspirasi masakan Arab)
Seringkali kita melihat makanan Arab tetapi tidak mengetahu bahawa ianya mudah disediakan. Bahan bahan mudah didapati dan terdapat disekeliling kita. Bagi saya di Australia saya mencari halal meat dan bahan makanan rempah ratus di kedai Oriental. Alhamdulillah inilah hasilnya. Selamat mencuba.
Nasi Arab (Nasi Mandi) (Hidangan untuk 2-3 orang)
Bahan-bahan:
Untuk Nasi:
3 cawan beras basmathi
5 cawan air rebusan ayam - ikut kadar beras yang digunakan
1/2 sudu besar lada hitam (biji)
Sedikit serbuk kunyit
2 helai daun pandan
Sedikit daun ketumbar dihiris
Sedikit gajus (Resepi asal tiada bahan ini)
Bahan tumisan:
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
1/2 batang kulit kayu manis
1 inci halia
3 ulas bawang merah dimayang halus (Saya gantikan sebiji bawang besar)
1 ulas bawang putih
Cara membuat:
Beras dicuci dan ditoskan
Panaskan minyak sapi di dalam frying pan. Masukkan bahan tumisan.
Goreng hingga naik baunya dan keperangan. Jangan sampai hangus.
Alihkan kedalam rice cooker (Cara saya)
Masukkan beras dan daun pandan, kacau sekata
Masukkan stok ayam dan lada hitam . Sedikit kunyit (1 sudu teh).
Tanakkan nasi sehingga kering.
Campurkan daun ketumbar.
Gaulkan. Hidangkan.
Ayam Mandi ala Hadramaut
1 kg ayam - Saya ambil drum sticks (peha)
1 inci halia ditumbuk.
garam secukup rasa
air secukupnya untuk merebus 7-8 cawan
Bahan untuk memerap ayam:
1 sudu teh serbuk kunyit/zaffran/safron
1 sudu teh ketumbar
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh serbuk jintan putih
1 sudu teh serbuk jintan manis
2 sudu besar sour cream (yogurt asli) (Saya tambahkan bahan ini).
garam secukupnya
Cara membuatnya:
Rebuskan ayam bersama halia dan garam secukup rasa
Setelah masak angkat toskan ayam. Simpankan air rebusan untuk nasi.
Lumurkan ayam dengan bahan untuk perapan. Perap seketika.
Selepas itu ayam dibakar sejam disalutkan dengan aluminium foil di dalam oven
pembakar. (Perhatian Bahaya: Jangan masukkan ayam dalam microwave biasa untuk dipanaskan bersama aluminium foil !!!, di resepi ini saya membakar ayam menggunakan oven pembakar/cooking oven)
Ayam dibakar selama sejam pada suhu 200 C (Perhatikan ayam jangan sampai hangus)
Tomato Salsa (Salata Hara)
Bahan bahan:
Buah tomato
Daun ketumbar
Cili padi
Garam secukup rasa
Jus lemon
Sedikit bawang besar dipotong halus
Sedikit air
(Kisar semua bahan untuk salata)
Source: Diadaptasi dari blog masakan nasi mandi NoorMasri
Monday, 15 April 2013
Pudding Karamel Chef Sham
Untuk mereka pengemar manisan anda boleh mencuba resepi ini. Ini merupakan resepi favorite saya selama ini. Trademark saya :) .
Bahan-bahan:
6 biji telur
Susu Pekat 1 Tin
Essence Vanila - 1 sudu teh
Air
Gula Hangus untuk dijadikan karamel
Cara-Cara:
Pukulkan telur sehingga kembang. Masukkan sus pekat. Pukul lagi bancuhan. Masukan essence vanila dan air saiz sama untuk satu tin. Sediakan gula karamel, iaitu gula halus dibakar sehingga menjadi warna cokelat. Larutkan dalam air dan dijadikan base di dalam loyang. Masukkan bancuhan telor susu dan air kedalam loyang dan kukus dalam 30-45 min. Selepas masak keluarkan dan sejukkan sebelum masuk ke dalam peti ais.
Selamat Mencuba.
Chef Sham
Bahan-bahan:
6 biji telur
Susu Pekat 1 Tin
Essence Vanila - 1 sudu teh
Air
Gula Hangus untuk dijadikan karamel
Cara-Cara:
Pukulkan telur sehingga kembang. Masukkan sus pekat. Pukul lagi bancuhan. Masukan essence vanila dan air saiz sama untuk satu tin. Sediakan gula karamel, iaitu gula halus dibakar sehingga menjadi warna cokelat. Larutkan dalam air dan dijadikan base di dalam loyang. Masukkan bancuhan telor susu dan air kedalam loyang dan kukus dalam 30-45 min. Selepas masak keluarkan dan sejukkan sebelum masuk ke dalam peti ais.
Selamat Mencuba.
Chef Sham
Sunday, 14 April 2013
Laksa Nyonya Melaka
Makan Untuk 2-3 orang
A. Bahan Utama
Mee hoon - 300-500 gram - ikut berapa banyak
Cili - 10 helai ikut mahu rasa kepedasan
Halia - 1 inci
Lengkuas - inci
Serai - 2 batang dititik
1 biji Bawang besar
Udang - 300 gram - direbus dan dikupas
Garam dan gula secukup rasa
Santan Kelapa - 1 mangkuk ikut kepekatan
Buah keras - 5 biji
Asam Jawa - Ikut kepekatan
Belacan
Bunga kesum
B. Bahan untuk sambal
Cili kering segengam - ikut kepedasan
Bawang Besar - 1 biji
Bawang putih - 3 -5 biji
Asam Jawa - sedikit
c. Hiasan
Fish ball
Taugeh
Tauhu Garing
Limau kasturi
Daun Bawang
Bawang Goreng
Cili hidup
Telur rebus
Cara-cara..
Masakkan udang sehingga masak kemudian kupas kulitnya dan diasingkan. Ambil air udang untuk kuah.
Kisar bahan-bahan utama bawang besar, halia, lengkuas, buah keras dan cili kering serta sedikit belacan dan goreng hingga wangi.
Masukkan santan kelapa, asam jawa, serai dititk, air udang, bunga kesum hingga mendidih. Masukkan udang panaskan kuah seketika. Tambah garam dan gula secukup rasa..
Untuk sambal kisarkan cili bawang besar dan bawang putih.. tumis hingga pecah minyak dan masukkan sedikit air asam jawa..
Celurkan meehoon dalam air panas dalam 5 minit kemudian tos dan lalukan dengan air paip yang sejuk.
Sediakan mehoon didalam mangkuk, masukkan kuah laksa yang sudah masak. Hiaskan dengan fishball, tauhu garing, daun bawang, bawang goreng, cili hidup etc.
Perahkan air asam keatas sambal tumis tadi.
P/S: Udang boleh ditukar kepada ayam..
Selamat Mencuba.. Chef Sham..
Lemon Zesty Eastlakes Cup Cakes
A. Bahan bahan:
1/2 Cawan Gula Halus (Castor)
1/2 Cawan Butter
1 Lemon untuk perahan jus + 1 biji kulit lemon diracik jika perlu
1 1/4 Tepung Gandum Biasa
1 sudu teh baking powder
Susu lembu 1/3 cawan
2 Telur dipukul
Secubit Garam
B. Ising:
1 cawan butter (Tak bergaram)
3 cawan gula Ising
2 biji perahan Lemon untuk jus
2 biji Kulit Lemon diracik untuk hiasan
Cara Memasak:
Panaskan oven hingga 190 Degree masukkan dua belas kertas cupcakes besar di dalam acuan.
Pukulkan butter dan gula sehingga ringan untuk bahan A. Tambahkan perahan jus lemon A, telur dan susu satu persatu. Masukkan tepung yang sudah diayak bersama serbuk penaik. Tambahkan garam secukup rasa.
Gunakan sudu masukkan bahan-bahan A ke dalam kertas cup cakes tadi di dalam acuan. Masakkan selama 20 minit. Keluarkan dan biarkan sejuk.
Untuk ising, pukulkan butter sehingga lembut. Tambahkan sedikit demi sedikit gula ising dan pukul lagi sehingga lembut. Masukkan perahan jus lemon dan sedikit pewarna kuning jika perlu. Masukkan bancuhan gula ising ke dalam paip dan buatkan corak putaran diatas cup cakes. Hiaskan dengan serbuk limau yang sudah diracik secukupnya.
Selamat mencuba..
Chef Sham
Resepi Asam Pedas Melaka Ikan Pari
Resepi Asam Pedas Melaka Ikan Pari (Masakan Tradisi Negeri Hang Tuah)
(Untuk 2-3 orang)

Bahan-bahan
a. Segengam cili kering dan direndam dalam air panas - Lebih banyak lebih pedas
b. Asam Jawa secukupnya
c. Bawan Putih - 5 ulas
d. Bawang Merah Besar - 1 biji
e. Belacan - secukupnya (Sebesar ibu jari)
f. Serai 3 batang dititk
g. Bender 5-8 btg
h. Air
i. Garam secukup rasa
j. Minyak Masak
k. Ikan Pari - 300-500 gram
l. Daum kesum
m. Halia 1 inci
Cara-cara:
1. Kisar a + c + d + e + m dan ditumis didalam minyak panas sehingga pecah minyak.
2. Setelah naik baunya masukkan serai yang dititik dan daum kesum.
3. Tambah perahan asam jawa dan air tadi ikut kepekatan.
4. Biarkan mendidih.
5. Masukkan ikan
6. Masukkan garam secukup rasa
7. Masukkan Bender
8. Bila ikan dan bender lembut dan masak boleh diangkat dan disejukkan.
P/S: Jangan masak terlalu lama kerana ikan boleh pecah dan sayur terlalu lembik.
Selamat Mencuba
Chef Sham..

(Untuk 2-3 orang)

Bahan-bahan
a. Segengam cili kering dan direndam dalam air panas - Lebih banyak lebih pedas
b. Asam Jawa secukupnya
c. Bawan Putih - 5 ulas
d. Bawang Merah Besar - 1 biji
e. Belacan - secukupnya (Sebesar ibu jari)
f. Serai 3 batang dititk
g. Bender 5-8 btg
h. Air
i. Garam secukup rasa
j. Minyak Masak
k. Ikan Pari - 300-500 gram
l. Daum kesum
m. Halia 1 inci
Cara-cara:
1. Kisar a + c + d + e + m dan ditumis didalam minyak panas sehingga pecah minyak.
2. Setelah naik baunya masukkan serai yang dititik dan daum kesum.
3. Tambah perahan asam jawa dan air tadi ikut kepekatan.
4. Biarkan mendidih.
5. Masukkan ikan
6. Masukkan garam secukup rasa
7. Masukkan Bender
8. Bila ikan dan bender lembut dan masak boleh diangkat dan disejukkan.
P/S: Jangan masak terlalu lama kerana ikan boleh pecah dan sayur terlalu lembik.
Selamat Mencuba
Chef Sham..
Subscribe to:
Posts (Atom)