Saturday, 18 May 2013

Meer Rebus Johor Haji Wahid







Bahan-bahan

1 kg mee kuning dicelur
300 gram taugeh
2 tangkai daun sup/bawang dihiris
4 biji cili merah besar dihiris
2 keping tauhu goreng dihiris
Sedikit bawang putih goreng
6  biji telur dibelah lapan
3 biji limau dibelah kecil kecil

Bahan Penumis DiKisar

2 sudu besar ketumbar
8 biji bawang besar
6 ulas bawang ptih
18 tangkai cili kering
1 sudu kecil jintan kasar / cumin
1 sudu kecil jintan manis / aniseed

Bahan untuk kuah

300 gram daging dicincang
boleh tambah tetel tapi di Sydney tiada tetel setakat ni
300 gram keledek direbus
250 gram udang basah
5 sudu besar tauchu
1 cawan kacang tanah dan ditumbuk halus
1 batang serai diketuk
2 cm lengkuas diketuk
1/2 cawan minyak masak
Garam, gla dan air secukupnya

Cara memasak

Panaskan minyak
Tumiskan bahan penumis hingga garing
Masukkan daging dan udang
Gaulkan hingga rata
Masukkan kacang tanah, air, garam, gula dan taucu. 
Kacau supaya tak hangit.

Kredit to blog e-resepi: mee rebus Johor

Sunday, 12 May 2013

Brownie Cahayareya




Bahan-bahan :

150 gm Butter
1 cawan nestle baking cocoa
4 telur
2 cawan gula
1 sudu teh essen vanilla
3/4 tepung gandum self raising
1 paket choc bits (Atauwhite choc bits)

Cara-cara:

  • Panaskan oven pada 160 Degree. 27 cm x 18 cm x 3 cm tin dengan kertas pembakar (baking paper)
  • Leburkan butter dan campurkan dengan nestle baking coca. Apabila sejuk sedikit pukulakn telur dan gula dan vanilla essen.
  • Ayakkan tepung campurkan adunan tadi bersama. Gaulkan dengan choc bits.
  • Masukkan ke dalam tin dan bakar selama 45-50 mins sehingga masak. Gunakan lidi untuk memeriksa.
  • Biarkan sejuk 20 min sejuk dan alihkan selepas itu sejukkan lagi ke temperature bilik.
  • Potong ikut saiz bar. Gunakan tepung nestle cocoa untuk hiasan diatasnya.
  • Hidangkan.


Saturday, 11 May 2013

Onde - onde








Bahan-bahan

  • Tepung beras - 2 cawan
  • Pewarna hijau (Atau air pandan)
  • Kelapa parut
  • Air
  • Garam secukup rasa
  • Gula Melaka 



Cara-cara

  • Gaulkan tepung beras dengan air dan garam
  • Uli hingga tak melekit
  • Masukkan pewarna hijau
  • Kemudian buat bentuk gulu dan masukkan gula melaka yang sudah dipecahkan kecil kecil.
  • Tutup gula dengan tepung.
  • Kemudian rebuskan dengan air hingga terapung.
  • Toskan dan angkat dari air panas.
  • Lalukan dengan kelapa parut
  • Sediakan panas-panas dengan air kopi





French Crepe (Lempeng Perancis)



Bahan-bahan

Tepung gandum - 1 cawan
Susu Cair - 2 cawan
Garam secukup Rasa - 1/4 sudu teh
Telur - 3 biji
1 sudu teh gula
2 sudu makan butter


Cara-cara

Kacaukan susu, telur sehingga kembang. Masukkan tepung dan garam. Kacau lagi.
Masukkan butter. 


Panaskan pan dengan 2 sudu butter atau minyak untuk setiap satu crepes. Angkat bila warna keperangan,  Hidangkan semasa panas dengan pilihan jem marmelade, atau kari.



Karipap Solo Chef Sham





Bahan-bahan Untuk Pasteri
  • 400 grm tepung gandum
  • 1/2 cawan minyak
  • 2 sudu besar marjerin
  • 1/2 cawan air sejuk

Bahan-bahan Untuk Inti
  • 5 Biji sederhana Kentang
  • Ayam separuh mangkuk kecil
  • 2 sudu besar udang kering dan segengam ikan bilis  (Tak masuk sebab susah dapat di Australia)
  • 3 sudu besar serbuk kari
  • 2 sudu besar cili boh
  • Garam secukup rasa
  • Sebiji bawang besar dan daun kari dikisar
Cara-cara

Campurkan garam dalam air sejuk, masukkan marjerin dalam tepung gandum, gaul hingga berketul macam serbuk roti. Panaskan minyak dan curah dalam tepung gunakan sudu dan gaulkan adunan. Kemudian masukkan air sejuk sedikit demi sedikit untuk diuli. Agak licin perap dalam bekas ke dalam peti ais selama 1-2 jam. 

Buat inti karipap dengan kentang di potong kecil dadi direndam dalam air. Blend udang jering dan ikan bilis hingga hancur. Panaskan minyak, tumis bahan-bahan kisar, cili, serbuk kari hingga garing. Masukkan bahan sudah dikisar dan kacau hingga sebati. Masukkan ubi kentang dan 1 cawan air. Kacau hingga lembut. Masukkan garam, tutpkan api apabila inti hendak kering.

Keluarkan doh dan bahagikan doh untuk diterap. Boleh gunakan acuan atau buat manual aja guna tangan. Trial and error. Bila minyak dah betul-betul panas api sederhana baru goreng hingga warna pasteri menjadi keperangan. Angkatkan dan hidangkan. Selamat mencuba.


Kredit untuk Karipap Ros Sedap oleh Chef Mas and my Mum. for the tips.





Donut Mudah




Bahan bahan

  • 2 1/2 cawan tepung
  • 3/4 cawan susu segar
  • 1 camca teh garam
  • 2 sudu besar gula kaster
  • 1 paket yis 14 gm
  • 3 sudu besar marjerin/2 biji telur
  • 1-2  sudu makan shortening

Cara-cara
  • Campurkan semua bahan dan gaulkan sehingga tak melekit
  • Jika basah tambah tepung jika kering tambah susu segar
  • Tutup dengan kain basah di atas mangkuk doh  selama 40-45 minit sehingga doh naik
  • Tepukkan doh dan gunakan penerap donut
  • Biarkan donut kembang dalam 20-25 minit
  • Goreng dalam api sederhana panas sehingga kekuningan
  • Donut yang dah masak boleh digaul dengan gula kaster 




Kredit to Chef Azli Razali

Kari Ayam Madras Simple


Bahan - bahan
  • Ayam di potong kecil satu kg
  • Gajus ditumbuk  halus satu cawan
  • 2 inci halia, 2 biji bawang besar dikisar sama
  • Daun Kari
  • Kayu manis 1 batang
  • Bunga Lawang
  • Bunga Pelaga
  • Bunga Cngkih
  • Yogurt
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menumis
  • Kari Babas
  • Kentang 4 ketul sedang
  • 5 sudu besar kicap manis

Cara memasak
  • Ayam diperap bersama yogurt, 4 sudu besar kari, halia, bawang putih, kicap manis selama 1 jam
  • Panaskan minyak dan tumis kayu manis, bunga lawang, pelaga, cengkih, halia, bawang besar dan kari.
  • Selepas naik bau masukkan kari babas setengah paket dan garingkan sedikit.
  • Masukkan ayam diperap dan masukkan 2 cawan air
  • Masukkan kentang
  • Campurkan kicap manis dan garam secukup rasa
  • Tambahkan gajus ditumbuk halus tadi
  • Didihkan sehingga ayam masak

Selamat Mencuba

Kredit pada Mak Long dan Azlina Zahir MyResepi 



Resepi Koey Teow Basah ala Arrieya


Bahan bahan:


  1. 1 bungkus kuey Teow (1 kg)
  2. 1 mangkuk daging di potong kecil)
  3. Udang dan sotong secukupnya
  4. 1 labu bawang merah dan 3 ulas bawang putih (Dikisar)
  5. 2 sudu besar cili boh
  6. 2 sudu besar kicap
  7. 1 sudu besar sos tiram
  8. 2 sudu sos tomato
  9. 2 sudu sos cili
  10. 1 biji cili merah dihiris
  11. Garam secukup rasa
  12. 2 sudu besar minyak
  13. 2 sudu besar minyak bijan
  14. Taugeh
  15. Tahu goreng 2 keping


Cara memasaknya:


  • Panaskan minyak.
  • Tumiskan bawang besar, bawang putih dan cili boh sehingga naik baunya.
  • Masukkan ayam, sotong udang masak hingga empuk.
  • Masukkan semua sos tiram, kicap, sos tomato, sos cili
  • Masukkan koey teow. Gaulkan hingga sebati
  • Masukkan air secukupnya jika hendak lebih basah
  • Tambahkan garam secukup rasa
  • Tambahkan taugeh dan tauhu goreng
  • Tambah minyak bijan
  • Hiaskan dengan cili merah
  • Hidangkan panas panas







Afghan Biscuit Australian Inspiration



Bahan bahan 
200 g Butter
1/2 Cup Gula
11/4 Cawan tepung biasa
1/4 cawan cocoa
2 cawan cornflakes dihancurkan
200 gm susu chocolate dilembutkan
Walnuts untuk hiasan

Cara-cara

  • Butter dan gula dipukul hingga kembang
  • Tambah cocoa, tepung dan cornflakes
  • Buatkan bentuk guli dalam 18 biji. Tekan di bahagian tengah sedikit
  • Bakar pada suhu 180 Darjah celsius selama 15 minit
  • Bila sejuk lembutkan coklat dan letakkan satu sudu makan diatas setiap   biskut
  • Letakkan walnut diatasnya
  • Hidangkan

Friday, 10 May 2013

Banana Cake




Bahan - bahan
250 gram butter lembut
1 cawan gula caster
3 biji telur
3 ketul pisang terlebih masak - dilenyek hancur
2 cawan tepung self raising
1 camca teh essen vanilla
Boleh tambah walnut hancur

Cara-cara
Pukul butter dan gua hingga kembang
Masukkan telor satu persatu dan dipukul setiapnya. Masukkan essence vanilla. Masukkan pisang dan tepung yang sudah diayak
Masukkan kedalam dulang pembakar saiz 20 cm yang sudah bergris dibawahnya. Bakar pada suhu 180 Degree Celsius selama 45 minit
Keluarkan dan sejukkan

Boleh tahan sebulan jika dalam peti ais.


Paella Spanish versi Chef Sham Style



Bahan bahan:


  • Udang Harimau - 6 ketul
  • Kupang - 6 ketul
  • Sotong dipotong gelung
  • Cilip adi - 3-4 biji untuk pedas
  • i labu bawang merah
  • 3 ulas bawan putih diracik halus
  • Beras - 2 cawan 
  • 1/2 -  sudu makan saffron
  • Sos Tomato - 3 sudu besar
  • Minyak masak - saya guna minyak zaitun
  • Paprika
  • Lada sulah
  • Garam secukup rasa
  • Lada hitam
  • Chicken Stock - 5 cawan
  • 1 biji capsicum dibakar dan kemudian dihiris
  • 1 biji lemon


Cara Memasak:


  • Perapkan kupang, udang bersama paprika dan pati ayam selama setengah jam
  • Bakarkan bahan2 dan grill hingga kering, letakkan bersama sedikit minyak zaitun
  • Rendamkan beras selama setengah jam
  • Tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi
  • Masukkan capsicum , cili padi atau sayuran lain (mushroom, carrot etc. jika ada)
  • Masukkan sotong 
  • Masukkan sos tomato
  • Masukkan garam, lada sulah, lada hitam, serbuk pati ayam dan paprika secukup rasa (boleh tambah daun sop atau daun bawang jika ada)
  • Masukkan beras dan gaul rata. Masukkan 5 cawan air stok ayam. 
  • Masukkan saffron kacau rata dan tutup kuali
  • Bila nak kering susun kupang, udang etc  
  • Susun hiasan lemon
  • Hidangkan bersama kuali.
Selamat mencuba

(Kredit to Mamawifaq myresepi.com)





Sweet sour sauce with Mullet Fish.. (Ikan Belanak Tiga Rasa)




Bahan Bahan:
Ikan Belanak or Mullet Fish yang sudah siap siap disiang (1 Kg)
Sebiji Telur
Satu sudu makan tepung jagung
1/2 sudu makan lada sulah
Nenas manis dalam tin - 200 gm
Serai dititik
Bawang besar - 1 biji
Bawang putih - 3 ulas
Cili yang sudah dikisar - ikut kepedasan (3 sudu besar)
Gula Secukup Rasa
Tomato Sauce  - 3  sudu besar
1 biji tomato di potong dadu
Gula dan Garam secukup rasa
Serbuk Kunyit
Sedikit minyak - 3 sudu makan
Sedikit air.
Serai ditiik..

Cara Memasak:
Pecahkan telor kocak dan masukkan tepung jagung, lada sulah dan garam  secukup rasa dan kunyit.
Lumurkan pada ikan yang sudah dibersihkan. Dan perap seketika.
Kemudian gorengkan ikan hingga garing. Asingkan.

Untuk sauce tiga rasa. Tumiskan bawan putih bawang merah hingga wangi. Gorengkan cili yang sudah dikisar. Masukkan serai. Campurkan tomato sauce, sedikit air. Masukan nenas manis dan airnya sedikit. Tambahkan tomato dipotong dadu. Tambahkan garam dan gula secukup rasa. Setelah sos menggelegak. Tuangkan atas ikan. Hias dan hidangkan bersama nasi putih.

Selamat Mencuba.